Cita-cita Sasuke untuk membalas dendam kepada abangnya atau Uchiha Itachi yang telah membunuh semua anggota klannya akhirnya terlaksana pada sebuah pertempuran antara adik-beradik uchiha ini. Namun disebalik pertarungan Sasuke vs Itachi ini, tersimpan fakta yang patut kita ketahui. Dan berikut fakta unik mengenai pertarungan sasuke vs itachi.
Ini merupakan pertarungan yang sudah dirancang oleh Itachi, semua ini dilakukan Itachi untuk membuatkan Sasuke menjadi kuat dan supaya Sasuke mendapatkan Mangekyou Sharingan. Selain itu, itachi ingin bertarung dengan Sasuke supaya dia mati ditangannya.
Sasuke Ingin Balas Dendam
Tujuan hidup Sasuke adalah ingin balas dendam dan membunuh abangnya sendiri. Sasuke menganggap pertarungan ini sebagai kesempatannya untuk membalas dendam klannya terhadap Itachi dan juga ingin mengetahui satu hal mengenai pembantaian klan uchiha. Namun sasuke tidak dapat membunuh Itachi disebabkan Sasuke sudah kehabisan chakranya.
Kekuatan masing masing
Di pertarungan ini, masing masing menggunakan kekuatan tingkat tertinggi. Tetapi menurut zetsu di pertarungan ini, Itachi tidak menggunakan kekuatannya secara sepenuhnya atau boleh dikatakan Itachi hanya mengimbangi kekuatan Sasuke. Sementara Sasuke menggunakan teknik terhebatnya iaitu kirin dan katon goryuka namun Itachi berhasil menahannya dengan Susano.
-Fakta lain-
* Sasuke mampu mematahkan tsukuyomi Itachi, meskipun menurut Tobi Sasuke tidak melakukan apa apa.
* Di pertarungan ini, Itachi menunjukan susano untuk pertama kalinya. Sementara sasuke menunjukan teknik kirin untuk pertama kalinya.
* Di akhir pertarungan, Orochimaru keluar dari tubuh dalam wujud yamata no orochi atau ular berkepala 8. Namun Itachi berhasil menguncinya ke dalam pedang totsuka.
* Di saat terakhirnya, Itachi memindahkan sebahagian amaterasunya pada mata Sasuke. Ini dilakukan Itachi untuk menghindarkan Sasuke dari Tobi.
* Pertarungan mereka dilakukan di bekas tempat persembunyian uchiha.