Laman web rasmi untuk pameran seni Naruto-ten telah mengumumkan bahawa kompleks komersial Roppongi Hills yang terletak di Tokyo akan mengadakan "Roppongi  Shinobi no Sato"
(Perkampungan Ninja Roppongi) bermula pada 25 April sehingga 28 Jun. Acara kolaborasi ini untuk mempromosikan pameran seni yang turut diadakan di Mori Arts Center  Gallery  di Roppongi Hills pada masa yang sama.  Gambar gambar karakter Naruto akan ditampal di sekitar 30 lokasi di seluruh Roppongi  Hills dan peminat berpeluang bergambar dengan karakter kegemaran,
Peminat juga boleh menggunakan 'Naruto-ten Roppongi no Sato App' untuk mengumpulkan setem digital di pelbagai lokasi karakternya.   Para pengunjung dapat menggunakan telefon untuk mengimbas kod pada  sebelah gambar karakter tersebut dan mengumpul skrol. Mereka berjaya mengumpulkan semua skrol akan memenuhi syarat   untuk menjadi Hokage!!!
27 Buah restoran di Roppongi  Hills  juga akan menyediakan pelbagai hidangan   inspirasi  dari Naruto sepanjang acara tersebut.   Pelbagai hidangannya disediakan, termasuk lah " Hidden Leaf Village's Spicy Shuriken Calzone" dan  "Land of Fire Flaming Naval Battle Pho".
Roppongi Hills juga akan mengadakan satu undian bagi para peminat untuk memilih ramen Ichiraku terbaik yang akan disajikan oleh 5 buah restoran.   Ichiraku adalah gerai ramen kegemaran Naruto   dalam manga asalnya.   Para pengunjung   yang memesan menu hidangan Naruto   akan menerima salah saru dari sepuluh  gelas khas.