Seperti yang kita tahu Naruto merupakan kisah anime yang sangat terkenal di dunia dan mempengaruhi ramai peminat sehinggakan dapat mengaut keuntungan yang banyak hasil daripada anime ini. Apa yang menarik tentang anime ini ialah ianya menceritakan tentang seorang budak yang dilahirkan yatim piatu sejak kecil lagi. Ibu bapa Naruto sanggup mengorbankan nyawa mereka untuk melindungi anak mereka dari ancaman bahaya, iaitu serangan dari raksasa berekor sembilan.
Naruto Uzumaki merupakan budak nakal pada permulaan kisahnya. Mengalami perlbagai rintangan dan cabaran dalam menghadapi setiap kesusahan yang dilanda terhadap dirinya. Anak kelahiran kampung Konoha ini sangat dibenci ketika dia kecil dan selalu dipinggirkan kerana dikatakan telah membunuh pendukduk kampung suatu ketika dahulu.
Tetapi apa yang berlaku sehingga kini, Naruto merupakan seorang wira bagi kampungnya dalam membawa keamanan kepada penduduk kampung dan juga dunia ninja. Dengan usaha gigih dan sikap yang tidak mudah berputus asa, dia berusaha untuk menjadi seorang Hokage. Tanpa mengenal erti penat dan lelah, dia berlatih dengan bersungguh-sungguh sehinggalah menjadi penyelamat kampung yang diserang penjahat dan digelar Hokage bagi kampung Daun.
Apabila kita perhatikan pada muka Naruto, dia memiliki misai pada pipinya. Apakah sebab disebalik kejadian ini?
Sebenarnya itu bukannya misai, tetapi hanya sekadar tanda pada pipinya yang serupa dengan misai. Dan ini juga berkait rapat dengan Kyuubi. Apabila Naruto telah dipengaruhi oleh Kurama ketika kelahirannya, dia mendapat tanda tersebut. Ini disebabkan DNA dan juga chakra Kurama meresap masuk ke dalam badan Naruto.
Tahap mutasi ini telah berlaku pada diri Naruto. Sebab itulah anaknya, Himawari dan Boruto mewarisi tanda misai itu. Tapi mereka hanya sekadar mewarisi dua jalur sedangkan Naruto ada tiga jalur. Mungkin ini menunjukkan tahap mutasi kepada anaknya semakin berkurangan dari generasi ke generasi.
Walau apa pun, Naruto memang seronok ditonton tanpa mengira jantina dan peringkat umur.