Doraemon sangat terkenal dengan warnanya yang berwarna biru dan juga merupakan robot yang menyerupai kucing. Dia datang dari masa depan untuk membantu seorang budak yang bernama Nobita. Malah, ramai dari kita termasuk kanak-kanak dan dewasa membesar dengan anime ini tanpa kita sedari.
Seperti yang kita tahu anime ini mengisahkan tentang seorang budak yang pemalas dan lemah dalam menghadapi cabaran hidup. Dia ialah Nobita Nobi. Nobita selalu mengharapkan alat yang dikeluarkan oleh Doraemon untuk selamatkannya dari sebarang bahaya.Tapi malangnya, dengan alat yang dia miliki, dia tidak menggunakannya sebaik mungkin. Pasti apa yang dia dapat akan digunakan dengan cara yang tidak betul. Apa yang buatkan ianya menarik, setiap penghabisan episod Doraemon akan ada pengajaran dan iktibar daripada sesebuah kisah dari episod tersebut. Sama ada ianya pengajaran berbentuk sedih, gembira, sikap sombong, suka menunjuk-nunjuk dan banyak lagi.
Setelah bertahun-tahun lamanya anime Doraemon dapat bertahan sehingga hari ini. Malah, semakin mendapat populariti kerana kisahnya yang menarik dan dengan adanya movie yang semakin meningkat dari segi kualiti video dan lukisannya. Dan apa yang terbaru ialah semasa tayangan Doraemon Stand By Me yang mana sangat mendapat sambutan diluar jangkaan para penonton dan juga peminat Doraemon dari seluruh negara!
Ini fakta yang anda mungkin tidak tahu berkenaan dengan kucing robot ini:
1. Apakah makna Doraemon?
"Dora" merupakan nama bagi mainan. Ia juga bermaksud "liar" dalam bahasa Jepun. Ia juga boleh diterjemah sebagai "gong", yang merujuk kepada badan Doraemon yang bulat, dan juga makanan kegemarannya, iaitu Dorayaki (kuih Jepun yang manis mengandungi inti kacang merah)
"Emon" ialah imbuhan nama bagi lelaki kuno.
2. Bilakah Doraemon dicipta?
Tidak seperti Hello Kitty, Doraemon sememangnya seekor kucing, tapi kenapa dia tidak memiliki telinga?
Robot kucing ini sebenarnya telah dicipta dengan telinga yang lengkap dan diwarnakan dengan warna kuning di kilang pada 3 September 2112, dan nombor kod bagi Doraemon ialah MS-903.
Movie bagi Doraemon 2112: Kelahiran Doraemon (1995) telah mengisahkan segalanya tentang sejarah yang berlaku pada Doraemon, dan masalahnya sebagai kucing robot.
Pada masa yang sama, robot tikus telah menggigit telinganya, menjadikan Doraemon trauma dan takut kepada tikus. Sedih dengan apa yang menimpa, dia menangis teresak-esak sehinggalah menjadi warna biru. Suaranya juga menjadi kurang merdu kesan dari tangisannya itu.
3. Bagaimanakah kemunculan Doraemon?
Dia telah dihantar oleh tuannya sendiri iaitu Sewashi Nobi untuk membantu Datuknya yang malang, Nobita, yang mana sangat sukar dalam menghadapi dugaan hidup.
Dalam komik yang terkenal, terdapatnya babak dalam terbitan tahun 1969, yang mana robot itu keluar dari meja Nobita.
4. Adakah wujud alat Doraemon di alam nyata?
Lebih kurang 4,500 alat yang telah diterbitkan dalam kemunculannya sama ada di dalam komik, anime bersiri dan juga movie Doraemon.
Sementara itu, Pintu Ke Mana Sahaja, yang mana membenarkan anda untuk mengembara ke mana sahaja yang diingini pasti sangat menarik jika ianya wujud. Pada tahun 2010, terdapatnya pameran yang menunjukkan pelbagai alat Doraemon yang hampir sama keluar dari poket empat dimensinya (yojigen).
Di sana juga, ada dipamerkan seperti Jam Halimunan bagi sesiapa yang memakainya, Robot Mini Perubatan, Alat Pengesan Perasaan yang dapat membaca keinginan dan perasaan orang lain.
Satu alat yang betul-betul wujud sekarang ialah Pencetak 3D, yang mana telah muncul dalam satu episod di dalam komik sebagai "Kamera 3D".
5) Siapakah pencipta Doraemon?
Doraemon telah dicipta oleh Hiroshi Fujimoto dan Motoo Abiko. Gandingan dua orang penulis ini dinamakan sebagai Fujiko Fujio. Mereka telah melukis banyak komik bersama-sama sejak dari tahun 1951 sehingga 1987 sehinggalah mereka tidak sehaluan.
Cetusan idea Doraemon datang apabila berlaku satu kejadian terhadap Fujimoto: Dia tanpa sengaja menjatuhkan mainan anak perempuannya; dia kedengaran kucing sedang bergaduh di kawasan kejiranan; dan dia impikan suatu mesin yang dapat menolongnya dalam menyiapkan komik yang baru mengikut apa yang diingini oleh peminat.
Fujimoto meninggal dunia pada tahun 1996 ketika berumur 62 tahun disebabkan oleh penyakit kegagalan hatinya berfungsi.