Hatake Kakashi merupakan seorang ninja yang sangat berbakat dalam mencipta jurusnya yang pelbagai. Dia juga merupakan antara shinobi yang kuat di kampung Konoha tersebut. Antara jurus yang dicipta sendiri ialah seperti Chidori!
Antara keistimewaan Kakashi berbanding shinobi lain ialah:
1. Satu-satunya Ninja dari bukan puak Uchiha yang mampu menggunakan teknik Mangekyo Sharingan!
Dikatakan walaupun mata Sharingan ini dapat dipindahkan kepada orang lain, tapi apa yang lainnya ialah Kakashi mampu melebihi tahap tersebut dengan bukan sekadar menggunakannya sahaja. Tetapi mampu menjana teknik Mangekyo Sharinga.
2. Satu-satunya Ninja dari bukan Uchiha yang memiliki Susanoo
Susanoo merupakan antara jutsu terkuat yang ada pada puak Uchiha. Hasil daripada mata Sharingan nya, dia mampu berbuat demikian walaupun seseorang itu sepatutnya memiliki dua mata mangekyo sharingan.
3. Satu-satunya Ninja bukan dari Puak Inuzuka yang memiliki Ninken
Ninken atau anjing sangat terkenal dengan puak Inuzuka, seperti Kiba dan Akamaru, dan ahli keluarganya yang lain. Bahkan Kakashi mampu menyuru 8 Ninken sekali gus, tapi kebiasaannya dia akan memanggil Pakun sahaja kerana daya mengesan bau yang sangat tajam.
4. Satu-satunya ahli kumpulan Minato yang masih hidup.
Rin mati ketika masih kecil kerana Kakashi sendiri, Minato mati kerana ingin melindungi kampung Konoha, Obito mati apabila melawan Kaguya untuk melindungi Naruto. Dan sekarang hanya tinggal Kakashi seorang saja dari kumpulan tersebut.
5. Satu-satunya Ninja yang sangat minat dengan novel Jiraiya.
Jiraiya merupakan penulis novel kerana dia selalu mengembara dan menulis sesuatu kisah dalam novelnya. Kakashi merupakan satu-satunya yang berminat dengan novelnya itu.
6. Tidak ada seorang Shinobi pun yang tahu muka sebenar Kakashi
Dari kecil lagi Kakashi sentiasa memakai topengnya walau ke mana saja dia pergi. Sehingga tidak ada seorang pun yang pernah tengok muka Kakashi dari kalangan Shinobi, walaupun kawan baiknya sendiri iaitu Mighty Guy. Dan kemungkinan besar, hanya perawat di hospital dan juga pelayan warung ramen sahaja yang pernah nampak wajah Kakashi. Itu pun masih lagi jadi tanda tanya!
7. Berjaya cipta Jutsu sendiri sejak kecil.
Seperti yang kita tahu, Chidori merupakan antara jutsu ciptaan Kakashi sendiri ketika dia masih kecil. Dan chidori menjadi lebih sempurna apabila Obito memberi mata Sharingan kepada Kakashi.
Macam mana dengan kelebihan Kakashi ni? Ada nak tambah lagi kah?