Mesti ramai peminat Naruto yang beranggapan bahawa alasan kenapa Jiraiya dan Uchiha Shisui tidak dhidupkan semula dengan menggunakan Edo Tensei adalah kerana badan mereka tidak dapat ditemukan semula.
Mayat Uchiha Shisui hilang tanpa jejak, manakala mayat Jiraiya pula tenggelam di dalam laut. Bahkan ada di antara peminat yang sangat fanatik mengatakan bahawa mereka masih lagi hidup.
Tapi, adakah itu betul?
Bila tengok kembali pada babak 520 manga Naruto, jelas bahawa untuk membangkitkan semula dengan menggunakan edo tensei adalah memerlukan seorang korban dan juga DNA orang tersebut. Jika itu tidak ada, maka teknik tersebut tidak akan berjaya.
Memang DNA Jiraiya dapat diambil apabila dia bertarung dengan Pain untuk kali yang terakhir. Darah Jiraiya masih terdapat pada senjata Pain tersebut .Namun keputusan untuk tidak menghidupkan semula Jiraiya adalah kerana Tobi melarang Kabuto berbuat demikian.
Kabuto telah beranggapan bahawa mereka telah kuat dan kebal dengan adanya Edo Tensei Uchiha Madara pada ketika itu. Jadi, dia tidak perlu bersusah payah dalam mencari DNA Jiraiya lagi.