Nampaknya Dragon Ball Super telah pun lama berlangsung dan kini telah pun melebihi beberapa episod. Tanpa disedari Dragon Ball ini hanyalah sebahagian daripada movie-movie yang telah ditayang tetapi dengan sedikit ubah suai pada jalan cerita tetapi penamat bagi sesuatu babak tetap sama sahaja.
Dalam episod yang kelima di mana Goku berlawan dengan Beerus, Dewa Kemusnahan, terdapatnya beberapa adegan yang mana lukisan dan animasinya sangat mendukacitakan dan nampak lebih teruk dari siri Dragon Ball yang sebelum ini.
Ramai peminat yang kurang berpuas hati dengan kualiti animasi bahkan merasakan yang Dragon Ball Z adalah lebih baik dari segi jalan cerita dan juga kualiti video tersebut.
Ia nampak sangat teruk bila Goku dilukis dalam episod itu, dan merasakan ini sangat menjengkelkan bagi peminat tegar Dragon Ball kerana kami mengharapkan yang terbaik dari siri yang terbaru ini.
Anda boleh lihat sendiri, dengan jelas bahawa kualiti Dragon Ball yang dikatakan "Super" itu adalah sangat teruk!
Dari segi kualiti, ia nampak seperti dilukis oleh orang yang kurang berbakat dalam bidang lukisan, dan seperti dilukis oleh peminat-peminat biasa sahaja.
Walau apa pun, dalam menerbitkan anime siri terbaru ini, bukankah memerlukan bajet yang tinggi dalam menamatkan sesebuah siri anime? Tapi malang kerana kualitinya adalah sangat rendah.