Tak ada siapa yang tak kenal Dragon Ball. Dan bila dah tengok anime ni, mesti akan layan sampai episod akhir terutama Dragon Ball Z.
Bila kita ingat kembali, babak dalam episod yang telah ditayangkan, terdapat beberapa babak yang kita tak akan lupa dan masih tengok dan layan lagi walaupun berulang kali kita tengok. Kita masih lagi tak berasa bosan dengan episod tersebut.
Inilah antara 7 babak yang menarik untuk kita layan dan akan ingat bagi peminat tegar Dragon Ball Z.
7. Kuasa Bebola Jiwa atau dalam bahasa Inggeris ialah Spirit Bomb yang digunakan untuk mengalahkan Buu.
Ini ialah pertarungan akhir antara Goku dan juga Majin Buu. Di sini kita boleh tengok di mana Goku berjaya mengalahkan Buu yang mana ia sangat kuat dan susah untuk dikalahkan.
Dengan menggunakan Bebola Jiwa, Buu dapat dikalahkan juga dengan bantuan orang ramai.
6. Kewujudan Gotenk.
Di sini kita dapat tengok macam mana Fusion mula diajar oleh Goku kepada Gohan dan Trunks untuk bergabung. Dan juga turut diajar oleh Piccolo pada ketika itu kerana Goku tidak dapat bertahan lama di Bumi. Pada saat inilah, Gotenks menjadi harapan dalam menyelamatkan dunia daripada kejahatan Buu.
5. Pengorbanan Terakhir
Pada saat ini, Vegeta mula berpaling tadah dari kencaman Buu, dan mula merancang untuk mengalahkan Buu bersendirian. Tapi, pengorbanan dengan cara meletupkan diri untuk mengalahkan Buu hanyalah sia-sia.
Dia mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya Trunks sebelum membunuh diri.
4. Ketibaan Goku
Kemunculan Goku pada ketika ini merupakan kelegaan daripada kejahatan Vegeta dan juga anak buahnya. Dengan mudah dapat mengalahkan Nappa. Pada masa ini jugalah Vegeta mengesan kuasa Goku melebihi 9000!
3. Masih ada lagi bangsa Saiya?
Pada babak ini, kita masih lagi tertanya-tanya tentang misteri siapakah dia sebenarnya?
Dengan mudah dia dapat bertukar menjadi Super Saiya, malahan Goku bersusah payah untuk mencapai tahap itu. Tapi sekarang kita semua dah tahu siapa dia sebenarnya.
2. Akhirnya dapat bertukar juga!
Selepas penat lelah dan bersusah payah untuk mengalahkan Frieza demi menghapuskan kejahatan dan kezalimannya, akhirnya semua itu berbalas jua!
Selepas antara kawan Goku dibunuh di hadapan matanya sendiri, dengan kebencian dan kemarahan yang timbul, akhirnya dia bertukar menjadi Super Saiya! Inilah dimana Dragon Ball mula menjadi bualan orang ramai dan kerana itu juga ramai yang semakin minat dengan Dragon Ball ini.
1. Selamatkan Dunia!

Inilah dimana kemuncak kepada kejahatan dalam siri ini.Walaupun pada awalnya Gohan mampu untuk kalahkan Cell, tetapi dengan rasa angkuh dan sedikit kasihan belas, dia tidak mampu berbuat demikian.
Sehinggakan Goku sanggup mengorbankan dirinya untuk selamatkan daripada letupan Cell yang kuat itu. Akhirnya, Gohan berjaya mengalahkan Cell dengan kuasa terakhirnya dan dengan bantuan sokongan daripada ayahnya sendiri.
Kita boleh lihat sendiri bagaimana kuasa sebenar yang ada pada budak ini melebihi kuasa Vegita dan Goku!