ADELAIDE: Seekor kanggaru yang dinamakan sebagai Roger telah berjaya menarik perhatian rakyat Australia dan pelancong apabila haiwan tersebut mempunyai badan 'sado' dan viral di media sosial negara tersebut.
Badan Roger yang berketak-ketak tidak ubah seperti atlet bina badan dimana dia memiliki badan kekar termasuk bisep yang berotot selain dada yang kelihatan ‘bidang’.
Kerana 'kehadiran' Roger ini, The Sanctuary Kangaroo Alice Springs yang terletak di wilayah utara Australia kini menjadi tumpuan ramai.
Roger sebelum ini juga pernah mendapat perhatian apabila gambarnya yang membengkokknya baldi logam menggunakan kaki atasnya menjadi tajuk utama akhbar di Australia.
Roger ditemui berada bersebelahan dengan ibunya yang telah mati pada 2006, sejak itu dia dibawa ke pusat berkenaan.
Dalam pada itu menurut pengurus santuari itu Chris Brolga Barnes, Roger dilatih main ‘kick boxing’ untuk membentuk badannya.
“Rutin harian Roger ialah ‘bersenam’ dan main ‘kick boxing’,” kata Barnes -