Siapa tidak kenal bintang bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo yang hebat dan lincah di padang.
Pasti anda perasan bahawa, badan Ronaldo tidak mempunyai sebarang tatu. Ditanya kepada beliau mengapa dia tidak melukis tatu di badannya, Ronaldo memberikan jawapan dan sebab yang sungguh istimewa.
Ronaldo mengatakan bahawa ia tidak akan mentato tubuhnya kerana itu menyebabkannya tidak boleh menderma darah. Beberapa negara mungkin membuat dia menunggu enam bulan sampai satu tahun sebagai pencegahan terhadap pencemaran silang dan penyakit. Jadi bagi Ronaldo, seni kulit tidak berguna baginya.
Malah, beliau juga seorang penderma sumsum tulang. Ronaldo membuat keputusan untuk menjadi penderma selepas salah satu dari anak rakan sepasukan yang memerlukan pemindahan sum-sum tulang.
"Itu adalah masa apabila Carlos [Martins] bersama kami di pasukan kebangsaan. Dia mengatakan kepada kami tentang masalah dengan anaknya dan kami, para pemain, menunjukkan kesatuan yang besar untuk membantu dia dan anaknya kerana kami tahu itu adalah situasi yang sangat rumit.
"Menyumbangkan sumsum tulang adalah sesuatu yang banyak orang berfikir adalah perkara yang sukar untuk dilakukan, tetapi itu tidak lebih daripada menyumbang darah dan tidak sakit."