Ya, Hokage memang antara ninja yang kuat dalam sesebuah kampung. Kali ini mari kita tengok betapa kuatnya Hokage ini dari kalangan mereka. Kami akan fokuskan kepada tahap kerja dan usaha mereka semasa hayatnya. Tapi, artikel kali ini akan menceritakan tentang Minato sahaja.
Satu-satunya Shinobi yang mampu melihat dan saksi diatas segala yang Naruto hadapi hanyalah Minato seorang sahaja. Kejadian ini berlaku sehinggalah Perang Ninja Ke-Empat.
Dan Pendeta Enam Jalan juga jelma dalam generasinya. Ini bermakna dia wujud sepanjang masa tersebut.
Tapi apa yang menjadi Minato nampak sangat kuat dari kalangan Hokage?
Jika anda masih lagi ingat, dia mati semasa kelahiran anakya. Tapi keberaniannya dalam mengunci Raksasa Berekor ke dalam badan Naruto dan menjadi korban dalam perang tersebut merupakan satu pengorbanan yang orang lain takkan lakukan.
Apa yang menarik juga, Minato mampu membuat jutsu nya sendiri seperti mana Rasengan. Bila dibandingkan dengan Hokage yang lain, dia antara yang kedua mencipta jutsu secara sendirian tanpa pertolongan orang lain.
Dia juga mampu melakukan bentuk Jinchuriki dalam mod yang sempurna. Hanya dengan pendekatan terhadap Gyuki sahaja dia mampu mengusai kuasanya.
Dia mungkin sudah mengetahui dari awal lagi bahawa Naruto pasti akan dapat mengusai Kyubi pada ketika penguncian dilakukan. Jadi, semuanya telah dirancang dari awal lagi demi masa depan Shinobi. Dan dia pasti Naruto akan dapat mengawalnya dengan baik suatu ketika nanti.