Watak yang sangat dikenali dalam siri ini, Jiraiya seperti diketahui telah pun mati. Tapi semasa Perang Shinobi berlaku, ramai ninja telah di edo tenseikan untuk hidup semula.
Tapi malang Jiraiya tidak termasuk untuk dihidupkan semula.
Sebaliknya, sekiranya perkara ini terjadi, Apakah yang berlaku terhadap petapa Gatal ini?
Mari kita ketahui selanjutmya.
Jiraiya merupakan Tiga Ninja Lagenda, dan telah diinspirasi oleh Minato untuk menulis dalam novelnya. Kematian Jiraiya adalah ketika berlawan dengan Pain. Apa yang penting di sini badan mayatnya telah tenggelam tanpa jejak di Kampung Hujan.
Tanpa DNA dan badan yang tidak tahu dimana, bermakna Jiraiya tidak dapat dibangkitkan semula.
"Apa berlaku kalau dia dibangkitkan? Kesannya pada perang shinobi?"
Jadi, antara andaiannya ialah:
Jiraiya akan dikawal sepenuhnya oleh Kabuto.
Watak Jiraiya akan tetap dibawah kawalan Kabuto sehinggalah ada yang ambil alihnya.
Akan terjadinya lebih babak emosi dalam siri ini.
Mungkin susah bagi Kakashi, Tsunade dan Naruto sendiri untuk berlawan semula dengan Jiraiya dalam keadaan di mana dia merupakan seorang yang dikagumi dalam kampungnya.
Sangat menyedihkan pula kematian Jiraiya sebelum ini tanpa adanya ucapan selamat tinggal.
Ianya lebih kepada kesan emosi terhadap Tsunade yang mana rakan sepasukannya dan bagi Naruto, bekas guru yang ajarnya.
Jiraiya memainkan watak penting dalam siri ini. Kalau bagi anda, apakah yang berlaku kalau Jiraiya dihidupkan semula?