Boleh ke “Mob Psycho 100” Dapat Menyaingi Saitama?
Kekuatan dahsyat dari Saitama super hero One Punch Man yang menjadikan pekerjaan membasmi kejahatan di bumi sebagai hobi ternyata masih belum berakhir dan masih berlanjut sampai detik ini. Meskipun ya… dengan suasana dan cerita yang benar-benar berbeza.
Ialah MOB PSYCHO 100 (モブサイコ100) yang bakal menggantikan sepak terajang Saitama. Boleh ke? Yep, kerana sesuai tanggapan kalian, ini merupakan serial manga yang ditulis oleh orang yang sama dengan pencipta One Punch Man.
Setelah pendahulunya berhasil muncul sebagai anime, Mob juga ikut-ikutan dibuatkan adaptasi animenya. Dari segi artwork nya, kalian pastinya sudah sangat familiar, gaya slumber tapi penuh kejutan masih terasa dalam serial ini hampir mirip dengan Saitama. Ceritanya juga tidak jauh dari kisah genre kekuatan super, tetapi dengan bumbu yang sedikit berbeza. Semoga animenya juga boleh menjadi sekeren One Punch Man.
Oh ya, mereka sudah mengeluarkan video teaser biar para fans tahu anime ini juga wajib ditunggu-tunggu. Kemunculan anime adaptasi ini bakal ramai fans seperti yang diungkapkan majalah Ura-Sunday yang menggelar voting dan si Mob ini menjadi serial yang paling di tunggu.
Manga Mop Psycho 100 sendiri pertama kali meluncur tahun 2012, tiga tahun setelah One Punch Man berjaya. Sampai saat ini keluaran nya telah mencapai sebelas biji, hmm… dan sepertinya masih terus berlanjut. Sama-sama kita saksikan pada season 2 keluaran nanti ye.