Anime ini
bergenre sains fiksyen. Lebih dekat dengan fizik, terutamanya berkenaan masa,
nak merentas masa. Nak tahu cerita dia, pergi tonton sendiri. Aku suka nak
ketengahkan teori-teori yang terdapat dalam anime ini.
1. 2nd Law of
Thermodynamics
Sebelum aku
masuk teori-teori yang terkandung dalam anime ini, sukalah aku nak perkenalkan
dulu hukum paling power yang mentadbir alam ini, iaitu hukum termodinamik
kedua. Dalam bahasa mudah, hukum ini menyatakan alam menuju ketidak-seimbangan.
Maksudnya, kita semakin tua, bukan semakin muda. Bangunan semakin rapuh, bukan
semakin cantik. Air semakin sejuk, bukan semakin panas. Kita semakin sakit,
bukan semakin sihat.
Proses ini semua
berlaku tanpa memerlukan apa-apa bantuan tenaga dan proses ini tidak akan
berpatah balik. Nak berpatah balik boleh, tapi memerlukan tenaga (mesin).
Tetapi penggunaan tenaga ini, akan membuatkan perkara lain menjadi lebih tidak
seimbang. Contohnya, ais boleh cair apabila dibiarkan. Tetapi air tak mampu
jadi ais bila dibiarkan sebab 2nd Law. Jadi, kalau nak jadikan air itu beku,
kita perlukan tenaga (peti sejuk). Tetapi penggunaan peti sejuk ini akan
membuatkan sekeliling peti sejuk menjadi lebih panas.
2nd Law inilah
yang mewujudkan konsep masa itu ada arah dan arah itu akan terus ke depan dan
tak mampu berpatah balik. Macam konsep air dan ais tadi, kita pun boleh
'reverse masa' dengan tenaga, tetapi kita perlu menguasai ruang-masa terlebih
dahulu. Kena keluar dari ruang-masa. Dan, unfortunately, ruang-masa adalah asas
kewujudan kita, kalau kita keluar dari ruang-masa, kita tiada kewujudan. Maka,
selamanya kita tak mampu kuasai masa untuk 'berpatah balik'.
2. Lohong Hitam
(Black Hole)
Pada awal episod
anime ini, kita akan melihat babak di mana Okabe Rintarou melakukan eksperimen
ke atas mesin microwave dan pisang jadi bahan uji. Pisang yang diuji itu
kembali ke tempat asalnya (kembali ke masa lepas), tetapi dalam keadaannya
berubah menjadi gel. Boleh dikatakan mesin microwave itu adalah 'mesin masa'
yang direka oleh Okabe. Selepas itu, mereka didedahkan dengan eksperimen yang
dijalankan oleh SERN ke atas beberapa orang individu yang kembali ke masa lepas
melalui lohong hitam (black hole), lalu individu-individu tersebut bertukar
menjadi gel apabila sampai ke masa lepas.
Menurut Makise
Kurisu dalam anime ini, black hole yang direka oleh SERN mempunyai ruang yang
sangat sempit dan gravitinya pula terlalu tinggi. Apabila sesuatu objek dipaksa
melaluinya, seolah-oleh objek tersebut dihimpit, lalu terhasillah gel tadi.
Okey, lohong
hitam cuma ada dua jenis, iaitu Lohong Hitam Kerr, dan lagi satu Lohong Hitam
Schwarzschild. Lohong hitam dalam anime ini adalah lohong hitam Kerr. Sebenarnya,
aku tak jumpa logik macam mana mesin microwave Okabe mampu bertindak seperti
lohong hitam.
Lagi satu, aku
juga tak nampak bagaimana lohong hitam mampu menjadi mekanisma untuk berpatah
balik ke masa lepas. Tetapi, lohong hitam boleh membawa kita ke masa depan
sebabnya lohong hitam mempunyai graviti yang sangat tinggi, maka masa akan
bergerak lebih perlahan. Apabila kita duduk di lohong hitam dalam tempoh masa
tertentu, kita akan dapati sekeliling kita akan bergerak dengan lebih laju,
lantas kita akan terus ke masa depan.
3. Lubang Cacing
(Wormhole)
Babak wormhole
tidak didedahkan dalam anime ini, tetapi saintis muda Makise Kurisu pernah
menyebut tentang perkara ini. Namun, wormhole yang disebut olehnya berkisar
tentang masa juga. Secara realitinya wormhole tak mampu membawa kita ke
mana-mana untuk merentasi masa kecuali ruang.
Meskipun jika
suatu hari nanti kita mampu membina roket yang mampu mencapai kelajuan cahaya
untuk mengembara jauh di angkasa raya, kita masih tidak mampu merentas ke
seluruh galaksi bima sakti sebab terlalu luasnya galaksi itu. Tetapi wormhole
mampu menjadi shortcut perjalanan kita. Ia lebih kurang macam pintu Doaremon
itulah.
4. Quantum
Telepotation
Seterusnya kita
akan melihat babak-babak di mana Okabe dan rakan-rakan cuba menghantar
informasi (mesej) ke masa lepas untuk mengubah masa lepas. Okey sebelum itu,
nak maklumkan 2nd Law pernah 'broken' (dinafikan) pada peringkat kuantum,
tetapi hanya dalam tempoh masa dua saat, tanpa bantuan sebarang tenaga. Lebih
daripada itu, ia kembali mengikuti hukum tersebut.
Quantum teleportation,
secara analoginya macam kau teleport diri kau ke tempat lain dengan beberapa
buah kaedah. Pertamanya, diri kau akan diceraikan menjadi atom-atom, selepas
itu atom-atom tersebut akan bercantum semula ke destinasi. Tetapi secara
logiknya, kau perlu 'mati' dulu untuk hidup semula ke tempat lain. Cara kedua
pula, cuma perlu hantar 'informasi' (quantum state) diri kau, lalu mesin
teleport itu sendiri akan menghasilkan diri kau yang baru di destinasi yang
baru dengan menggunakan 'informasi' tersebut.
Cumanya, ia
mungkin jadi persoalan adakah diri kita yang baru itu adalah diri kita yang
asal? Mengikut quantum theorem, ia melarang sebarang bentuk 'cloning'. Maka,
diri kita yang baru bukanlah diri kita yang original. Dan lebih mengejutkan,
diri kita akan ada dua orang dalam satu masa. Satu di tempat asal, satu lagi di
destinasi. Tambahan lagi, sistem otak masih sukar untuk difahami.
Berhubung dengan
anime tersebut, Okabe cuba menghantar informasi-informasi tersebut ke masa
lepas dengan konsep quantum teleportation. Teleport tersebut bukanlah berpindah
tempat, tetapi berpindah masa, iaitu ke masa lepas. Secara teorinya, hal ini
boleh berlaku sebab informasi (data) merupakan objek kuantum yang mampu
menafikan 2nd Law untuk tempoh masa yang singkat, lalu ia boleh kembali ke masa
lepas.
Dalam
babak-babak kemuncak, kita akan lihat Okabe beberapa kali melalukan lompatan ke
masa lepas untuk menyelamatkan kawannya, Mayuri. Secara teorinya, Okabe tidak
menghantar dirinya ke masa lepas. Tetapi dia menghantar memorinya ke diri masa
lepas sama seperti dia menghantar mesej itu tadi.
5. Chaos Theory
and Butterfly Effect
Ketika Okabe
cuba menghantar mesej ke masa lepas untuk mengubah peristiwa-peristiwa tertentu
telah mengakibatkan berlakunya gelombang kekacauan yang mengakibatkan
sekeliling dunianya berubah. Walaupun perubahan yang dilakukan hanyalah kecil,
tetapi ia memberikan kesan yang cukup besar. Kesan ini dipanggil sebagai kesan
rama-rama (Butterfly Effect).
Terdapat satu
kata-kata berkenaan kesan ini iaitu, "Sekecil-kecil kibaran sayap
rama-rama mampu menghasilkan taufan di sebahagian dunia."
Konsep ini
sebenarnya adalah asas matematik yang diaplikasikan dalam banyak disiplin untuk
meramalkan sesuatu, contohnya macam kaji cuaca. Dalam anime tersebut, perubahan
kecil mampu mengakibatkan hal yang besar dan serius.
6. Multiversity
Konsep Multiverse
asalnya bermula daripada eksperimen double slit untuk menguji sifat cahaya,
sama ada ia bersifat zarah ataupun gelombang. Aku rasa, kalau aku terangkan
pasal eksperimen tersebut, korang tak akan faham. Cuma secara analoginya, teori
multiverse ini menyatakan, apabila kita mempunyai pilihan, ia akan menghasilkan
dunia yang baru. Contohnya, kalau kita mempunyai pilihan sama ada untuk memilih
baju biru ataupun merah, dan secara realitinya kita memilih baju biru, dimensi
(dunia) baru akan tercipta di mana kita memilih baju merah.
Dalam anime ini
Okabe mencipta dunia dan timeline baru dengan mengubah masa lepas. Yang
menariknya timeline dalam anime ini cuma ada dua saja, iaitu alpha dan beta.
Dan dalam alpha dan beta ada sub-timeline. Konsep sub-timeline ini adalah,
sub-timeline yang diduduki oleh Okabe adalah sub-timeline yang ada kewujudan.
Sub-timeline yang lain akan musnah. Tetapi apabila dibuat garis masa, kita akan
dapati sub-timeline itu semua akan menuju ke satu destinasi yang sama cuma
melalui jalan-jalan yang berbeza.
Dalam anime ini,
destinasi Mayuri adalah akan mati dalam satu tempoh masa tertentu. Okabe cuba
menyelamatkan Mayuri, tetapi dia tetap mati cuma dengan cara berbeza. Cara
berbeza ini adalah subtimeline-subtimeline yang wujud. Untuk melihat Mayuri
hidup, Okabe perlu merentasi dimensi (dunia, timeline) beta, di mana di
timeline tersebut destinasi Mayuri adalah hidup.
sumber fb The Patriots