Kita semua tahu watak watak yang mati dalam Naruto. Kebanyakan mengalirkan air mata kita mengenangkan kisah sedih yang dialami olehnya. Ini antara kisah kematian yang menyedihkan dalam Naruto.
Sasori
Sasori merupakan ahli akatsuki. Dia bertarung dengan Sakura dan Chiyo. Dalam pertarungannya, dia menggunakan patung Mak Ayahnya yang diciptakan olehnya. Selepas pertarungan yang lama, akhirnya Sasori ditikam oleh kedua patung mak ayahnya sendiri. Kita pom sedia tahu kisah sedih dari Sasori ketika kecil.
Rin Nohara
Dia merupakan satu kumpulan dengan Obito dan Kakashi. Dia dirancang untuk menjadi raksasa 3 ekor untuk memusnahkan Konoha. Kakashi cuba membantu dia. Rin tidak mahu menyusahkan Konoha, jadi dia cuba melompat kearah Chidori milik kakashi. Kematian Rin adalah salah satu yang mencetuskan peperangan besar yang dibuat oleh Obito. Rin mati ditangan orang yang dia kasihi sambil menyebut namanya.
Yahiko
Merupakan pengasas bagi Akatsuki. Dia merupakan yatim dalam peperangan. Selepas dirancang oleh Danzo, Yahiko dipaksa sama ada membunuh dirinya atau melihat Konan dibunuh. Yahiko tanpa berfikir lanjut, membunuh dirinya dengan Kunai milik Nagato. Dan Yahiko menyerahkan impiannya kepada Nagato.
Asuma Sarutobi
Merupakan guru bagi Shikamaru, Inoue, dan Choji. Apabila Hidan dan Kakuzu datang ke Konoha bagi menangkap raksasa ekor 9, dia disekat oleh kumpulan Asuma dan Shikamaru. Asuma cuba melindungi Shikamaru namun dia gagal mengetahui kebolehan milik Hidan. Asuma dibunuh oleh Hidan dengan penyembahan miliknya.
Hiruzen Sarutobi
Merupakan Hokage ke 3. Dia melakukan pengorbanan dirinya bagi menyelamatkan Konoha dari Orochimaru dengan menggunakan teknik terlarang. Saat kematian yang menyedihkan melihat anak muridnya sendiri membunuhnya.
Neji Hyūga
Kematian yang berlaku dalam peperangan terbesar. Dia dikenali dengan seorang yang genius dari keluarga puak Hyuga sama dengan Hinata. Saat kematiannya, dia senyum dan mengharapkan Naruto meneruskan perjuangan dalam peperangan tersebut.
Jiraiya
Seperti yang kita tahu, Jiraiya mati dibunuh oleh anak muridnya juga. Saat yang admin pom tidak boleh nak terima. Naruto kehilangan seorang guru yang disayanginya uang banyak mengajar serta menolongnya sehingga ke tahap ini. Kematian jiraiya tidak dapat dihidupkan seperti orang lain.
Uchiha Obito
Obito salah seorang dari kumpulan Minato. Saat ketika kecil, Obito dipercayai mati dari kumpulannya apabila dihempak oleh batu besar. Namun, ia sebenarnya masih hidup kerana diselamatkan oleh Madara. Madara telah menggunakannya dengan menghasut dia dengan pelbagai cara. Obito menjadi jahat, tetapi dia kembali insaf dan cuba menjadi baik semula. Impiannya yang sebenar mahu menjadi Hokage tetapi impian dia musnah apabila bermula kematian Rin didepan matanya. Dia cuba menebus balik kejahatannya dengan menolong di saat terakhir melawan Kaguya. Dia mati ditangan Kaguya dihadapan kumpulan 7.
Minato dan kushina
Minato dan kushina mati secara serentak bagi melindungi bayinya, Naruto ketika mana saat itu, Obito telah menggunakan Sharingan terhadap ekor 9 bagi membuat huru hara di Konoha. Selepas dapat menewaskan Obito oleh Minato, dia terpaksa menggunakan teknik terlarang bagi mengunci Kurama ke dalam badannya dan Naruto ketika bayi. Kuku Kurama telah menusuk kedalam tubuh Minato dan Kushina bagi melindungi terkena Naruto.
Uchiha Itachi
Kematian Itachi menimbulkan pelbagai isu. Ada yang mengatakan ianya slaah satu penyakit darinya. dan ada mengatakan Itachi sesaje je tewas kepada Sasuke. Namun, Itachi telah tewas dengan Sasuke dengan meninggalkan kesan yang amat dalam kedalam Sasuke untuk dia mencari tujuan sebenar abangnya itu. Itachi boleh dikatakan wira bagi Konoha kerana rela mebunuh puaknya sendiri demi kebaikan Konoha.