4 Shinobi Pengguna
Jutsu Ular Dalam Naruto.
#1 Orochimaru
Yang pertama adalah Orochimaru sendiri, dialah pengguna asal dari jutsu ular. Namun sayangnya tidak diketahui bagaimana cara Orochimaru
mendapatkan jutsu ini. Apakah jutsu ular ini merupakan warisan dari orang
tuanya, atau warisan dari puaknya sendiri? Entahlah...hehe
#2 Anko
Anko merupakan murid pertama yang dimiliki oleh Orochimaru,
dia adalah salah satu anbu didikannya Danzo. Ketika masih muda, Orochimaru
merancang untuk menggunakan tubuh anko sebagai jasad barunya. Sehingga dia
menanda tubuh Anko dengan menggunakan gigitan ular. Namun setelah Orochimaru
mengetahui bahawa Itachi adalah badan baru yang lebih sesuai , akhirnya anko
pun ditinggalkan begitu saja oleh Orochimaru.
#3 Sasuke Uchiha
Kerana kegagalan Orochimaru untuk mendapatkan tubuh Itachi
sebagai jasad barunya. Orochimaru pun berniat untuk menggantikan Itachi dengan
adiknya iaitu Sasuke Uchiha. Tetapi sayangnya kekuatan yang diberikan oleh
Sasuke berakhir dengan pengkhianatan.
#4 Kabuto Yakushi
Ketika mana mengetahui bahawa Orochimaru telah dibunuh oleh Sasuke.
Kabuto pun cuba untuk mengumpulkan hasil sisa-sisa kekuatan milik
Orochimaru, dan setelah itu Kabuto akhirnya memindahkan seluruh kekuatan Orochimaru
yang ada kedalam tubuhnya sendiri. Hingga akhirnya Kabuto dapat berubah dan
menguasai jutsu ular seperti yang dikuasai oleh Orochimaru.