Seperti yang kita tahu, Doraemon takut pada haiwan yang dipanggil tikus. Dia takut pada tikus sebab terlalu trauma dengan serangan tikus yang menggigit telinganya. Jadi, sebab itulah Doraemon takut sangat pada tikus sejak dari kejadian itu. Tikus gigit telinga Doraemon tanpa dia sedari ketika Doraemon sedang tidur dan apabila bangun dia terkejut dengan kejadian yang berlaku dan terpaksa menerima hakikat itu walaupun dia hadapinya dengan begitu sedih sekali.
Disebabkan tikus robot yang lincah itu, Doraemon telah menangis sepanjang masa. Selepas itu jugalah Doraemon bertukar menjadi warna biru kerana tangisannya selama beberapa hari.
Tapi apa pula yang ditakuti oleh adiknya, iaitu Dorami? Daripada kisah yang telah lalu, dapat dikenalpasti bahawa Dorami takut pada lipas. Kenapa dia takut sangat pada lipas?
Menurut dari pelbagai episod, Dorami benci lipas kerana ciri-ciri lipas yang mana merupakan serangga yang menakutkan. Dan mungkin disebabkan sikap semulajadinya. Dalam
Doraemon Encyclopedia telah ditulis mengenainya selepas manga yang telah menerbitkannya mengenai Dorami.
Kemunculan pertama tentang kisah Dorami yang takut pada lipas ialah dalam episod
Dorami MiniDora SOS!!. Ini merupakan episod pendek yang telah dikeluarkan secara rasmi, dan telah ditayang bersama dengan movie Doraemon:Nobita dan Kelahiran Jepun pada Mac tahun 1989.
Kemudian kemunculan Dorami dan reaksinya terhadap lipas dapat dibuktikan lagi pada jilid 9, babak 9 dalam komik rasmi yang asli, "Gula-gula Urashima". Dorami tak pernah beritahu bahawa dia benci lipas tapi terkejut dengan apa yang berlaku bila ada lipas di hadapannya.
Juga ada yang mengatakan bahawa Dorami merupakan perempuan, jadi memang lumrah kebanyakan perempuan yang takut pada lipas, dan merupakan serangga yang jijik. Tapi ini merupakan sumber yang lemah dan boleh direka-reka oleh mana-mana peminat Doraemon untuk menarik populariti masing-,masing. Malangnya perkara ini tidaklah ditonjol sangat dalam siri anime Doraemon.
Maklumat ini hanyalah sekadar perkongsian bagi peminat Doraemon!