Tak kira anime apa yang pernah kita tonton, mengakulah bahawa anime Naruto dan One Piece merupakan antara anime yang terbaik dalam sejarah anime!
Dalam pada masa yang sama. setelah berlalunya sedekad, apakah persamaan yang ada pada kedua-dua anime ini?
Mari kita tengok antaranya ialah:
10.Watak Utama
Anda boleh tengok sendiri macam mana perangai watak utama yang hampir sama sahaja. Iaitu antara Naruto dan juga Luffy. Kedua-dua mereka ini berperangai sangat pelik untuk kita turuti tapi memiliki cara berlawan diluar jangkaan. Dan juga mereka berlawan boleh melebihi diluar kemampuan mereka sendiri.
Tapi apa yang penting, kedua-dua ini sangat menjengkelkan bila menunjukkan perangai dan sikap yang sebenar.
9. Watak Dorongan
Apa yang mereka ubah hanyalah pada watak sahaja antara kedua-dua anime ini.
8.Heroin.
Nami dan Sakura memiliki sikap yang sama sahaja. Kadang-kala mereka berdua boleh berubah menjadi "Si Manis" yang sangat menakutkan. Naruto dan Luffy tahu tentang tu.
7. Ikatan Persaudaraan
Dalam kedua-dua anime ini, walaupun mungkin pada mulanya Itachi tidak menunjukkan tanda yang dia sayang pada adiknya, tapi pada akhir sekali, dia tetap sayang akan adiknya itu, Sasuke. Sama saja dengan Ace dalam anime One Piece yang berakhir dengan kesedihan.
6. Ayah
Dah jelas bahawa kedua-dua watak Naruto dan Luffy mempunyai ayah yang sangat digeruni dan memiliki keistimewaan yang tersendiri. Jelaslah, merekalah antara watak yang paling berkuasa dalam anime ini.
5. Kumpulan
Kumpulan mana satu yang lagi hebat? Naruto atau One Piece?
Walau apa jua keadaan, mereka tetap bersama dalam menentang musuh. Pada saat-saat akhir dalam anime Naruto juga, kumpulan 7 ini bermati-matian dalam mengalahkan musuh.
4. Peperangan
Dalam jalan cerita yang terdapat dalam anime Naruto dan One Piece, kedua-duanya memilki babak membunuh, berlawan, tangisan, dan membesar menjadi generasi yang hebat.
3. Kematian yang Lagenda.
Pahlawan tidak akan mati, mereka hanyalah hilang dari pandangan!
2. Warisan
Kedua-dua anime ini menunjukkan bahawa mereka saling mahu mewarisi apa yang ada daripada ibu bapa mereka. Tak kira sejauh mana susah pun, segala usaha yang dilakukan tidak akan putus.
1. Impian
"Saya Monkey D. Luffy dan saya akan jadi raja lanun!"
"Impian saya ialah untuk menjadi seorang Hokage!" Dattebayo!