Seperti yang dijangka, setiap tahun pasti sahaja adanya anime yang sangat berpengaruh dan menjadi bualan ramai terutama dari peminat anime yang selalu menginginkan keluaran anime pada setiap musim. Dan pada tahun ini, One Punch Man telah pun mempengaruhi ramai peminat anime dalam kehidupan seharian.
Watak utamanya iaitu Saitama telah pun berlatih secara bersungguh-sungguh dan habis-habisan untuk menjadi lebih kuat dan dapat mengalahkan musuh hanya dengan satu tumbukan!
Komik atau manga One Punch Man telah pun lama diterbitkan iaitu pada 2012 dan dapat perhatian yang agak memberansangkan kerana telah dipetik oleh Yusuke Murata dari Shounen Jump. Selepas itu, ia telah dilukis semula dengan versi yang lebih mantap bagi pembaca membaca dengan lebih menarik lagi. Di bawah ini merupakan lukisan semula pada babak dalam manga tersebut.
Boleh dikatakan One Punch Man mempunyai peminat lebih berjuta-juta peminat.
Nampaknya pada 2 episod pertama lagi, ramai yang menganggap bahawa mereka boleh menjadi orang yang paling kuat seperti dalam anime tersebut kerana cara dan gaya yang dilakukanya.
"100 tekan tubi, 100 latihan, 100 ketuk ketampi, dan berlari 10 KM setiap hari!"
Kementerian Kesihatan Jepun menganggap bahawa akan lebih banyak orang ramai yang akan menjalani aktiviti seperti ini kerana terdapat survey yang telah dilakukan kepada setiap orang yang terlibat terhadap produktiviti tersebut.
Terima kasih kepada One Punch Man!