Bunyi-bunyian loceng gereja dan
dentuman letupan meriam menggegarkan seluruh isi kota Vatikan. Kesemua rakyat
yang mendiami wilayah di bawah penguasaan Pope Sixtus IV dan para raja Kristian
Eropah bersorak ria meraikan kematian seorang musuh yang paling dibenci mereka.
Pesta dan jamuan makanan diadakan berterusan selama tiga hari tiga malam tanpa
henti. Laungan yang kedengaran ketika itu ialah “La Grande Aquila è morta!”
(Helang Agung Sudah Pun Mati.”)
• Perarakan di jalan-jalan kota
Vatikan dan Venecia yang dilaksanakan oleh para penduduk dan penguasa kota
menggamitkan lagi suasana kebahagiaan ini. Ya, pada tanggal 3 Mei 1481 M,
Sultan Muhammad al-Fateh telah meninggal dunia ketika berusia 49 tahun. Berita
kewafatan al-Fateh yang tersebar cepat ke seluruh pelosok jajahan wilayah
Eropah disambut dengan kesyukuran dari para penganut agama Kristian Katolik.
• Dari kisah yang lain mengatakan
bahawasanya berita kewafatan baginda diketahui oleh rakyat Venecia selepas 6
tahun kewafatan baginda.
Surat yang dihantar oleh duta
besar negara Eropah, Nicollo Cocco sampai ke tangan penguasa Venecia pada
tanggal 29 Mei 1488 M.
• Tetapi berita ini kewafatan
al-Fateh disambut dalam keadaan sedih oleh para rakyat Turki Utmaniyah yang
terdiri daripada rakyat beragama Islam dan Kristian Ortodoks. Mereka saling
berkabung atas pemergian pemimpin agung ini.
• Sultan Muhammad al-Fateh wafat
ketika baginda dalam perjalanan bersama pasukan tenteranya untuk menakluk
sebuah kota dan beberapa ahli sejarah berpendapat :
1) Baginda wafat ketika dalam
perjalanan bersama tenteranya untuk menakluk kota Vatikan milik empayar Rom
Suci di Itali.
2) Baginda wafat ketika merancang
mahu menyerang pusat kekuasaan di negara Sepanyol atau Perancis.
3.) Baginda wafat ketika mahu
menakluk Kesultanan Mamluk dan menabalkan dirinya sebagai Khalifah selepas itu.
• Ada beberapa pendapat ahli
sejarah mengemukakan sebab kewafatan baginda iaitu :
1) Baginda wafat akibat sakit
dalaman yang tidak dikenal pasti.
2) Baginda wafat akibat sakit
rahang gigi yang dideritai sejak tahun 1470 M.
3) Baginda wafat akibat diracun.
Doktor peribadinya, Ya’akub Pasha mengambil kesempatan untuk meracun apabila
beliau melihat baginda dalam keadaan kondisi yang sangat tenat.
• Jenazah baginda dikuburkan
berdekatan Masjid al-Fatih di Istanbul, Turki.
• Sebelum baginda wafat, baginda
menyatakan wasiatnya tentang pewakafan Masjid al-Fatih, iaitu :
1. Sepuluh orang Hafizul Quran
ditugaskan untuk membaca Al-Quran setiap hari Jumaat sebelum masuk waktu solat
Jumaat.
2. Dua puluh orang soleh
ditugaskan untuk mengkhatamkan Al-Quran setiap hari setelah solat subuh.
3. Dua puluh orang soleh
ditugaskan untuk membaca 70.000 kalimah tauhid setiap hari setelah solat Subuh.
4. Sepuluh orang ditugaskan untuk
membaca 10.000 shalawat ke atas Nabi Muhammad saw setelah solat Subuh.
Wasiat ini terpampang berdekatan
pintu masuk sebelah kiri masjid al-Fatih.
Al-Fatihah untuk Sultan Muhammad
al-Fateh, pemimpin yang disebutkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya.
Wallahu’alam.
– TAMAT –
Tulisan Jiji Azizan The Patriots