Pasukan Minato, merupakan pasukan yang terdiri daripada Minato Namikaze, Kakashi Hatake, Obito Uchiha dan Rin Nohara.
10. Pasukan Minato disebut juga sebagai Minato Han, tetapi setelah Kakashi Hatake menerima pangkat Jounin, pasukan ini juga dipimpin oleh Kakashi yang digelar Resimen Kakashi atau Kakashi Tai
9. Pasukan ini memiliki dua ketua berbeza iaitu Kakashi Hatake sebagai pemimpin kedua kerana dia mempunyai pangkat Jounin – setara dengan Minato – dalam usia yang sangat muda.
8. Dalam perang dunia shinobi ketiga, pasukan Minato memberikan sumbangan yang sangat besar terhadap hasil perang dan kejadian ini sangat mempengaruhi cerita anime Naruto. Pasukan Minato (sebenarnya Pasukan Resimen Kakashi, kerana Minato bertarung ditempat lain) ditugaskan untuk menghancurkan jambatan Kannabi, desa Kusagakure. Jambatan ini merupakan jalan utama bagi desa Iwagakure untuk mara dengan pasukan bersenjata
7. Kakashi merupakan shinobi level Jounin. Kakashi mendapatkan Jounin kemudian pasukan ini bubar kerana Rin Nohara dan Obito Uchiha mati. Sementara itu, Obito dan Rin merupakan shinobi level chuunin.
6. Seperti diketahui, Obito Uchiha diketahui mati dalam perang, namun dia telah diselamatkan oleh Madara Uchiha yang kemudian mempergunakan dirinya untuk melakukan apa sahaja.
5. Rin Nohara meninggal semasa perang dunia shinobi ketiga, dan Minato naik pangkat menjadi Hokage keempat yang membuat pasukan ini bubar setelah itu.
4. Sebenarnya, Obito Uchiha ingin menciptakan kembali pasukan Minato dengan Mugen Tsukuyomi, kerana dengan jutsu ini dia dapat menciptakan kembali suasana pasukan Minato yang dulu.
3. Pasukan ini sudah muncul lebih awal dalam kisah flashback Hokage Ketiga, iaitu pada chapter 16 namun benar-benar diperkenalkan dalam manga pada volume 27, Chapter 122 dan 241, dengan judul Side Story 3: A True Hero, dimana kisah pertama diambil dari kisah Kakashi, Obito, dan Rin menghancurkan jambatan Kannabi. Disini juga diceritakan mengenai ayah Kakashi, Sakumo Hatake.
2. Menurut Kakashi sendiri, pasukan 7 miliknya (Anggota: Sasuke, Naruto, Kakashi) sangat serupa dengan pasukan Minato dulu. Bukan hanya terdapat satu kunoichi medik dan dua shinobi kuat, namun Naruto mirip dengan Obito yang ingin menjadi Hokage, serta Sasuke yang mirip dirinya kerana Kakashi ingin bersaing secara sihat dengan Obito. Begitu juga Sakura yang mirip Rin.
1. Semua anggota pasukan Minato merupakan Jinchuuriki, kecuali Kakashi Hatake. Rin menjadi Jinchuuriki kepada Sanbi, Minato menjadi jinchuuriki kepada Kyubi dan Obito menjadi junchuuriki kepada Juubi. Hanya Kakashi yang tidak menjadi Jinchuuriki hingga detik ini.